Thursday, October 18, 2012

Kandungan Kopi Jantan Tradisional

Tongkat Ali.













Nama Tempatan:Tongkat ali
Nama Saintifik:Eurycoma Longifolia
Nama Lain:Long jack, pasak bumi,Piak, tung saw(thailand)
Famili:Simaroubaceae


Keterangan :

Tumbuhan renek ini boleh mencapai ketinggian hingga 10 M dan selalunya tumbuhan dalam hutan tanah rendah selalunya ketinggian dibawah 1200m dari aras laut.Tumbuhan ini tumbuh menegak dan selalunya tidak bercabang.Daunnya rimbun pada hujung batang.Penduduk tempatan beranggapan bahawa seluruh pokok ini mempunyai ciri-ciri perubatan.Di Malaysia tongkat ali sebenarnya adalah tumbuhan terlindung yang sepatutnya tidak boleh diambil walaupun tumbuh liar.

Kegunaan :

Kegunaan tongkat ali bertumpu pada ciri-ciri afrodisiaknya. Antara kandungan aktif dalam tongkat ali ialah alkaloid, saponins, quassinoids, erycomanone dan eurycomalactone.phyto compounds yang terdapat dalam tongkat ali dapat membantu merangsangkan pengeluaran hormon testosterone bagi lelaki.Untuk mendapatkan ekstraknya dua cara yang biasa digunakan ialah dengan merebus lama akarnya ataupun dengan cara mengisar akarnya hingga menjadi serbuk dan dijadikan pil atau kapsul ataupun dijadikan campuran dalam minuman kopi dan teh.Kesan pengambilan tongkat ali terhadap libido seks telah dikaji terhadap tikus dan didapati ianya dapat meningkatkan kekerapan seksual tikus tersebut.selain daripada itu tumbuhan ini jaga dapat merawat masalah snegal-sengal tulang, gatal-gatal, demam kuning , ederma,cirit-birit, masalah penghadaman, sakit pinggang dan disentri.



Maca.












MACA adalah sejenis tumbuhan berakar seperti lobak yang digunakan sebagai makanan dan juga untuk tujuan perubatan. Walaupun MACA tidak ada kaitan dengan keluarga ginseng, ia telah digelar sebagai "Peruvian Ginseng" kerana ia telah digunakan sebagai ubat atau penawar oleh rakyat Peru untuk meningkatkan stamina, tenaga dan fugsi seksual.


Guarana.











Tumbuhan dari spesis Berry ini juga dikenali sebagai Paullina Cupana. Terdapat di hutan Amazon Amerika. Orang asli Amerika dari puak Guaranis menamakan sebagai pohon Guarana sempena nama kaum mereka. Guarana dianggap sebagai pokok suci oleh kaum ini, kerana dengan mengunyah biji Guarana, ianya boleh menguatkan badan. Diberitakan setiap kali pergi memburu, mereka pasti akan membawa biji Guarana untuk dikunyah bagi memastikan badan sentiasa cergas walaupun tidak memakan makanan lain. Orang asli kaum ini lebih kuat dari kaum lain. Orang asli Amerika ini menanggap Guarana sebagai permata yang bernilai tingi, kerana boleh memberi kesihatan dan usia yang panjang.

Di zaman millenium ini, Guarana dianggap sebadai herba sedia ada yang di kenal pasti mempunyai nilai khasiat yang sangat tinggi. Kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat. Ia sesuai untuk diambil tidak mengira had umur. Bila Guarana dicampurkan ke dalam minuman seperti kopi, bagi memudahkan diserap oleh badan manusia untuk tindak balas yang pantas. Tambahan lagi kopi yang digunakan adalah Kopi Arabica.


Apa Itu Guarana?


Guarana dihasilkan daripada biji tumbuhan menjalar yang berasal dari Amazon, Brazil. Buahnya adalah bulat, kecil, berwarna merah terang dan berkelompok. Apabila ia masak, buah akan merekah dan biji hitam akan tersembul keluar seolah-olah rupa biji mata. Kandungan Utama Dalam Guarana Guarana mengandungi : guaranine, hipoxanthine, proanthocyanidins, asid salisilik, tanin, theobromine, theophylline, xanthine, asid amino, kalium, fosforus, kalsium, zat besi, vitamin B1, B2, B6, B12, E, adenin, guanin, kolin, glukosa, musilaj dan asid nikotinik. Bahan Kandungan Aktif Dalam Guarana Bahan kandungan aktif Guarana adalah bahan alkaloid guaranine, theophylline dan theobromine. Dari sudut kimia, bahan alkaloid ini tergolong dalam kumpulan xanthine yang mana guaranine dikenali sebagai kafein semulajadi (tetramethilxanthine), theophylline (1,3-dimetilxanthine) dan theobromine (3,7-dimethylxanthine). Selain itu, kandungan lain termasuklah tanin, saponin, minyak dan lemak semulajadi yang bertindak secara sinergistik untuk memberi kesan Guarana yang tersendiri.


Bagaimana Guarana Bertindak


Peranan utama kumpulan xanthine ini adalah sebagai penenang otot (merenggangkan) dan mempunyai kesan diuretik, selain bertindak sebagai perangsang terhadap sistem saraf utama dan sistem peredaran darah. Walaupun secara kimia ia menyerupai kafein (trimethylxanthine) tetapi kesan fisiologinya telah berubah. Kesan kafein seringkali menguja dan memanaskan badan keterlaluan dan membekalkan tenaga yang mendadak dalam tempoh masa yan gsingkat. Ini tidak didapati pada Guarana kerana bahan-bahan lain di dalamnya mengubah aktiviti kumpulan methylxsanthine ini.

Tambahan pula, Guarana merangsang dan megembalikan kecergasan sambil memberi kesan menenangkan keseluruhan sistem badan. Ini disebabkan guaranine yang berpotensi tinggi dibebaskan secara perlahan-lahan apabila kandungan lemak asli dileraikan dan dicernakan yang memberikan tempoh pembebasan yang berjam-jam lamanya (kadar penyerapan yang perlahan).

No comments:

Post a Comment

Post a Comment